Dari Lensa Mata


Credit photo

Aku seronok melihat kanak-kanak kecil lari berkejaran, bermain bersama-sama dan kadang itu bergaduh, menangis dan merajuk. Riang sungguh mereka. Walau berlaku pergaduhan, namun  itu hanya seketika. Kerna meraka cepat melupakan. Riang tawa mereka menggambarkan kesenangan dan rasa syukur kerana dapat hidup di atas muka bumi yang serba indah.

Memerhatikan mereka membuatkan aku tersenyum manis. Hilang lelah  dari kepenatan seharian di dunia. Gelagat mereka membuatkan aku lupa akan realiti sebenarnya. Melihat akan mereka,  aku merasakan dunia ini indah dan aman tenteram.

Namun itu hanya angan-angan dan harapan.  Gambarannya indah khabar dari rupa. Pelbagai isu yang kian membara dan menyala. Inilah jadinya  dari tangan-tangan manusia yang hodoh, hati-hati manusia yang busuk, akal-akal manusia yang rosak. Tidak perlu kita melihat jauh. Cukup hanya di depan mata.  Tanah tumpuh darahku ini semakin parah. Semuanya hasil kerasukan makhluk yang bernama manusia.

Fitnah ada di mana-mana. Kepincangan, kerosakan dan penipuan bukan perkara biasa. Seolah-olahnya kemusnahan semakin hampir. Ketakutan semakin menebal. Takut untuk terus maju, bimbang untuk meneruskan kehidupan. Segalanya dikhuatiri.

Kadang-kadang aku menghina diriku sendiri. Saat menjangkau 20-an baru kusedari akan perihal ini. Marah pada diri. Namun, aku tekadkan azam, aku tanamkan impian agar semuanya akan berakhir. Akan kupastikan kanak-kanak itu melalui kehidupannya dengan keamanan dan ketenangan.

Aku perlu bangkit! Wahai anak muda, bangkitlah kita bersama!

Ayuh bersatu!

Demi memastikan kanak-kanak yang riang itu tidak merasai penderitaan kita.

Demi memastikan kanak-kanak riang itu bangga mereka adalah generasi kita.

Demi memastikan tanah tumpahnya darah ini aman dan bahagia.

Demi memastikan termakmurnya agama Islam di bumi ini.

Belum terlewat apatah lagi terlambat.

Ayuh mulakan langkah!

Ayuh semua tanamkan impian dan harapan pada bumi yang dipijak ini!



Bro Acap

Aktivis IKRAM Siswa UTM

Comments