Mr Obes
Credit photo |
Obesiti atau lebih ekstrem
lagi dikenali sebagai ‘kegemukan yang melampau’ adalah salah satu masalah yang
serius berlaku di negara kita dan mungkin menjadi isu yang agak ‘panas’ jika
dibincangkan bersama. Terbaru, statistik mencatatkan sebanyak 54% daripada
golongan dewasa mengalami obesiti. Rujuk ( http://www.hmetro.com.my/node/40179
).
Cantiknya lumrah manusia yang
Allah SWT ciptakan, kita suka dilihat cantik dan indah oleh mata-mata yang memandang.
Bonus jika dipuji. Sehingga terkadang lupa cantiknya rupa paras bukan ukuran
untuk kita menebus redha Ilahi.
Sering , mereka yang berada
dalam kelompok obesiti (berdasarkan ujian BMI) mengalami masalah kemurungan dan
kurang keyakinan diri dek kerana tidak mempunyai bentuk badan seperti yang
diidamkan atau tidak menjadi tatapan sejagat.
Namun, menjadi tanda tanya
bila wujud spesis makhluk ‘obesiti’ yang bahagia hidupnya dan langsung tidak menghiraukan
pandangan masyarakat terhadap dirinya. Kerana mereka bukan obesiti disebabkan
pemakanan yang tidak terancang, tapi ‘obesiti’nya mereka kerana pahala yang melambung banyaknyas. :D
Kehidupan mereka diwarnai
dengan keikhlasan. Ibadatnya manis bagaikan madu dalam beribadat kepada Allah.
Hari-hari mereka dihiasi dengan syahdu mengharapkan keampunan dari Yang Maha
Esa. Indahnya lagi, bila setiap detik mereka dipenuhi dengan zikir kepadaNya.
Juga tidak pernah lekang di bibir mereka istighfar dan bertahmid memuji dan menyampaikan
rindu kepada Sang Pencipta. Tujuan mereka hanya satu , tamakan kepada pahala dan cintakan syurgaNya.
Firman Allah SWT :
"Dan
bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu
berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada
maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk
menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Al-Baqarah ;148)
“Berlumba-lumbalah
untuk mendapatkan keampunan Tuhan kalian di samping syurga yang luasnya seluas
petala langit dan bumi. Syurga tersebut disediakan untuk orang yang bertakwa
dan menginfakkan harta mereka dalam keadaan senang dan susah." (Ali Imran
: 133-134)
Lalu, memang benarlah, hidup ini suatu
perlumbaan. Perlumbaan yang panjang.
Allah menyuruh kita berlumba-lumba dalam
melakukan kebaikan. Berlumba-lumba juga bagi mendapatkan keampunanNya.
Perlu kita jelas akan makna
kalimat “…berlomba-lomba lah dalam
kebaikan…” iaitu apabila melihat orang lain berbuat kebaikan, maka kita seharusnya
berbuat dengan lebih baik daripada itu, tanpa harus melukai dan merugikan orang
lain.
Berbeza maknanya jika Allah menggunakan kata ‘bertandinglah’ kerana kalimat tersebut menggambarkan pasti akan ada yang kalah dan menang. Kita boleh menggunakan apa cara sekalipun untuk meraih kemenangan serta membiarkan pihak lain jatuh. Bukan begitu.
Berbeza maknanya jika Allah menggunakan kata ‘bertandinglah’ kerana kalimat tersebut menggambarkan pasti akan ada yang kalah dan menang. Kita boleh menggunakan apa cara sekalipun untuk meraih kemenangan serta membiarkan pihak lain jatuh. Bukan begitu.
Kerna syurga Allah luas untuk kita semua.
Rasulullah SAW merupakan
contoh terbaik yang sentiasa ‘obesiti dengan
pahala’. Mana tidaknya, setiap satu perbuatan Rasulullah SAW diikuti sekalipun
sekecil-kecil amalan. Misalnya, Abu Bakr As Siddiq, beliau pernah bertanyakan
Saidatina Aisyah (setelah kewafatan Rasulullah SAW) tentang apakah amalan yang
Rasulullah pernah buat yang beliau tidak lagi buat.
Sikap ini lah yang ditakrifkan
sebagai berlumba-lumba melakukan kebaikan. Sentiasa tanamkan dalam diri untuk
menjadi lebih baik setiap masa ,biarlah kita menjadi yang pertama melakukan
kebaikan tersebut.
Jika orang melayan kita dengan baik, biar
kita melayan mereka berganda-ganda baiknya.
Jika orang lain tidak lekang dengan buku,
biar kita sentiasa bersama buku apatahlagi dengan Al Quran.
Jika orang lain solat fardhu penuh lima
waktu, biar kita solat diawal waktu ditambah dengan solat sunat.
Jika orang sibuk mengejar ilmu dunia,
biar kita seimbang ilmu dunia dan akhirat.
Jika orang lain mendapat keputusan
peperiksaan yang baik , biar keputusan kita yang terbaik juga menjadi
kebanggaan ibu bapa.
Oleh itu sahabat, ikhwah
akhwat, ayuhlah kita berlumba lumba untuk membuat kebajikan tidak kira siapapun
kita. Setiap amalan baik yang dilakukan, sekalipun kepada makhluk lain yang
hidup di muka bumi ini pastinya akan dinilai Allah. Pasti !
Dan ketahuilah bahawa kemenangan yang
hakiki adalah ketika Allah SWT meredhai kita sebagai hambaNya. Dah tu ,jom jadi
obes ! Obes dengan pahala . :D
Allahualam…
Izzati Zakaria
Aktivis IKRAM Siswa UTM
Comments
Post a Comment