Hipotetikal Kes Dalam Menentukan Hakikat Keadilan
Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, saya ingin datangkan dua hipotetikal kes.
Kes pertama adalah, cuba bayangkan anda sedang memandu
sebuah kereta dan anda sedang menuruni sebuah bukit, tiba-tiba brek kereta anda TIDAK
berfungsi.. Langsung!!!
Dan di hadapan jalan tersebut anda melihat lima orang pekerja
‘PLOS’ yang sedang tekun membaiki jalan tersebut. Dan anda pasti sekiranya
kereta ini melanggar lima orang tersebut, sudah PASTI mereka berlima akan MATI.
Dan tiba-tiba, anda melihat ke sebelah kanan dan anda melihat
ada seorang pekerja ‘PLOS’ sedang membaiki susur jalan yang lebih kecil..
Dan persoalannya, apakah PILIHAN yang anda akan ambil pada
ketika itu. Adakah dengan tidak melakukan apa-apa dan seterusnya melanggar
kelima-lima pekerja tersebut ATAU memilih untuk membelok ke kanan dan
seterusnya melanggar seorang pekerja yang berada di susur kanan jalan tadi??
Credit photo |
Fikir sejenak sebelum anda membuat pilihan..
………………………………………………………………………
Selesai memilih??
HOLD your stand for your choice. Okay.
Then…
Kes kedua adalah, situasi ini berlaku di sebuah hospital
besar, dan anda sekarang merupakan seorang doktor pakar bedah. Tiba-tiba, wad
anda dimasuki oleh lima orang pesakit yang tengah kritikal. Dan setiap pesakit
tersebut memerlukan organ-organ yang berbeza untuk diselamatkan. Hati, jantung,
paru-paru, pankreas, dan usus. Anda tahu bahawa sekiranya anda lambat membuat
keputusan atau membiarkan mereka lebih lama, sudah pasti mereka akan MATI.
Dan tiba-tiba, seorang individu yang sihat sejahtera datang
ke wad anda untuk rawatan medical-checkup. Dan pada ketika itu anda boleh
membuat pilihan untuk membius dan menidurkan individu tersebut, lalu MENGAMBIL
organ-organnya; hati, jantung, paru-paru, pankreas dan usus, untuk diberikan
kepada lima pesakit yang sedang kritikal di bilik sebelah.
Jadi apakah PILIHAN yang anda akan lakukan pada ketika itu??
Sanggupkah anda mengorbankan seorang individu yang sihat itu
bagi menyelamatkan lima orang individu yang lain??
Yaa.. atau Tidak..
Kalau YA, anda boleh berhenti membaca artikel ini sekarang.
Kalau jawapan anda adalah TIDAK, apa sudah jadi dengan stand anda pada kes pertama??
Bukankah pada kes pertama tadi anda memilih untuk
mengorbankan seorang untuk menyelamatkan nyawa yang lebih ramai?? Begitu juga
dengan kes kedua bukan??
Errmmm….
Jadi bagaimanakah kita hendak menilai sesuatu itu adil atau
tidak??
Apakah yang dimaksudkan dengan KEADILAN??
Mengikut falsafah barat, KEADILAN boleh dibahagikan kepada
dua jenis iaitu; consequenlist dan categorical. Secara ringkas, consequalist
bermaksud keadilan merujuk kepada hasil akhir. Maksudnya jika hasil akhir
adalah baik maka baiklah perlakuan tersebut. Manakala, keadilan dari sudut
categorical adalah berdasarkan bergantung kepada tugas dan tanggungjawab kita
pada ketika itu.
Maknyanya, sekiranya kita sudah melakukan tanggungjawab atau
tugas pada ketika itu, tidak kisah hasil akhirnya baik atau buruk, maka kita
telah melalukan sesuatu yang adil.
Bagaimana pula kata Islam tentang konsep KEADILAN??
Nantikan sambungannya...
Muhammad Ameruddin Che Ibrahim
Aktivis IKRAM Siswa UTM
Aktivis IKRAM Siswa UTM
Comments
Post a Comment