Uswatun Hasanah






Credit photo


Uswatun hasanah atau teladan yang baik. 

Bila kali terakhir kita berjumpa dengan orang yang memberi teladan yang baik sebelum dia berkata-kata? Memang benar, tiiada kewajipan yang hakiki untuk kita melakukannya terlebih dahulu berdakwah. Tapi ingatkah kita…

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

(QS As-Shaff :2-3)


 Allah juga mencela perilaku Bani Israil dengan firman-Nya,

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajipan)mu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berfikir? 

(QS Al-Baqarah :44)

Tapi sahabat, jangan kerana ayat-ayat teguran Allah ini buatkan kita takut untuk menyampaikan atau berbuat baik telebih dahulu. Jika begini perasaan kalian, maka di antara kalian dan dakwah -- adanya syaitan. Percayalah, kewajipan menyampaikan pada akhir zaman ini lebih besar dari ketakutan akan azab Sang Khaliq sebab terlalu banyak hamba-hamba Allah yang merindukan sentuhan dakwah dalam kasih sayang.

Kita selalu mengharapkan orang berbuat baik kepada kita terlebih dahulu. Tapi tanyalah pada iman kita, kenapa kita memilih untuk menjadi orang yang terakhir dalam menjadi uswatun hasanah? Kenapa tidak kita memilih untuk menjadi pencetus kepada uswatun hasanah dalam masyarakat sekeliling? Kita kena selalu ingat, berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan, sebab esok belum tentu milik kita.

Ok, jom kita go through satu contoh ni. Katakan kita sekarang sedang menyewa satu rumah sewa dengan kawan-kawan sekuliah. Semestinya untuk meringankan beban kewangan, kita memilih untuk berkongsi satu bilik dengan dua sahabat yang lain, yang mana kita baru sahaja mengenali mereka.

Dan pada ketika itu, hanya uswatun hasanah sahajalah yang menjadi penguat diri untuk bersabar dengan kerenah dua sahabat yang lain itu. Tidak lupa juga bersabar hanya kerana Lillahi Taala. Sahabat yang mementingkan privasi diri sendiri daripada hati kita, sahabat yang mementingkan perut sendiri daripada kita, serta sahabat yang mementingkan kejayaan diri sendiri lebih daripada kita.

Sejauh mana kesabaran kita mampu bertahan?  Selalu orang kata, “Ah! Kesabaran aku pun ada batasnya” atau “Sampai bila aku nak tahan sabar lagi?!” – Istighfar, istighfar, istighfar. Tanya pada diri, sudah habiskah sirah-sirah para nabi kita teladani? Sudahkah kita buat perbezaan ujian yang kita hadapi berbanding dengan ujian para nabi? Ketuklah iman kita yang sedang tidur dan jiwa yang senantiasa mengharapkan kerehatan dan kesempurnaan dari orang lain.

Telinga yang mendengar lebih dekat dengan mulut yang berbicara. Apatah lagi hati, raja segala anggota. Jangan bawa masyarakat kepada kita dahulu baru Si Pencipta. Tapi bawalah mereka terus kepada Allah. Kerana banyaknya kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan diri pada akhir zaman ini, hanyalah kerana kita kenal siapa Tuhan kita dan untuk apa dunia ini dicipta.

Ainishahirrah Khosidi
Aktivis Team Penulisan




Comments