Boku No Hero Academia (Akademi Hero Saya)


Credit: Google Images




eh, power ko berapa?

.
.
.
.
.
.

Pernah tak terbaca pasal post ni dekat media sosial? selalunya soalan ni ditanya kepada yang memakai cermin mata dan orang tu akan terasa macam hero sebab ada org bertanya tentang power(kuasa) dia. hehe

Bila bercerita tentang hero, rasanya semua orang inginkan kuasa mereka yg tersendiri. Mungkin ada yang nak jadi superhero yg lelaki (ada man) macam Superman, Utlraman, Batman, Keluangman, Cicakman dan Posman.. eh. Ramai juga yg akan mengimpikan kuasa seperti di dalam cerita kegemaran mereka macam One Piece, Naruto, One Punch Man, Boku No Hero Academia, Dragon Ball dan Doreamon. hoho.

Kalau masa dulu tu, pagi-pagi lagi dah menghadap televisyen semata-mata nak menonton cerita kegemaran di hujung minggu. Kadang-kadang sanggup untuk membasuh kasut sekolah di awal pagi agar emak tidak bising untuk menyuruh basuh kasut sekolah. hehe. Kemudian di sekolah akan bercerita dan membuat andaian untuk cerita minggu depan (kenangan beb). Perkara paling sedih ialah apabila ada kelas ganti atau aktiviti sekolah pada hujung minggu..Tidakkk!!!

Tidaklah menjadi satu kesalahan untuk kita mengimpikan atau bercita-cita melakukan sesuatu yg sungguh hebat. Kita memang secara fitrahnya dikurniakan akal dan pancaindera untuk membolehkan kita berfikir dan merancang sesuatu tindakan kita di masa hadapan.َ


"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur." [16:78]


Tetapi kita harus ingat, setiap dari impian dan cita-cita kita itu haruslah kita sertai dengan usaha (tidak lupa juga niat). Jika tidak, ianya hanya jadi angan-angan seperti dalam cerita Mat Jenin yang berangan ketika naik pokok kelapa dan akhirnya jatuh di penghujung cerita kerana terlalu banyak berangan.

Agama ini tidak mengajar umatnya untuk sekadar berharap tanpa usaha kerana agama ini bukan bersifat ajaib/magik( walaupun Allah boleh sahaja nak melakukan apa yg Allah kehendaki). Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah. Amalkan konsep DUIT dalam setiap perbuatan kita iaitu Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal. Inshaa Allah.
Di penghujung Ramadan ini, marilah kita duduk sejenak untuk beriman sebentar dan muhasabah kembali apa impian atau target kita di awal Ramadan tempoh hari.


"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." [2:183]


Sebanyak mana usaha kita untuk mencapai apa yang kita impian pada Ramadan kali ini? Sudah cukupkah amal kita agar kita dapat gelaran orang yang bertaqwa? Sekiranya belum cukup dan sememangnya tidak akan pernnah rasa cukup, marilah kita tingkatkan lagi amal kita di hari yg berbaki dalam bulan Ramadan ini. Kita tidak boleh jamin yang kita akan bertemu lagi dengan Ramadan yg akan datang. Mungkin ini Ramadan kita yang terakhir (hiris bawang nak masak untuk berbuka).


"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." [49:13]


Inilah impian terbesar dalam kehidupan seorang manusia yang bergelar hamba iaitu menjadi mulia disisi penciptaNya (Allah). Marilah jadikan Ramadan kali ni sebagai Akademi Hero Kita untuk melatih kita menjadi hero kepada Agama kita dan inilah SUPERHERO yang sebenarnya.. Hooyeahh!!

p/s: Sekarang semua boleh terbang jadi superhero..
Waallahualam...

ByAkuKan,
Akh Hyuga.


Muhammad Hatta Bin Mohd Satar
Aktivis IKRAM Siswa UTM

Comments