Kalau Dah Jodoh
AMARAN
Artikel ini tiada kaitan dengan rancangan Kalau Dah Jodoh
oleh Ustaz Kazim Elias.. hoho. Tidak ada juga kaitan dengan yang telah
meninggal dunia tapi ada lah sedikit kaitan dengan yang hidup. Tiada kemalangan
jiwa dilaporkan sepanjang usaha menyiapkan artikel ini.. hehe.
Sebut je pasal jodoh, cepat je semua nak baca (samalah
kita, sep sikit. hehe). Silap haribulan atau silap haribintang sampai terbeliak
dan juling biji mata bila membaca. Tapi kan,dah nak raya ni banyak pulak
jemputan kahwin (ni tak boleh jadi ni.. eh). Makin rancak dan menjadi-jadi
pulak jemputan ni bak cendawan tumbuh selepas hujan.. hoho. Mungkin ada yang tengah tersipu-sipu malu
sebab teringatkan pasangan masing-masing, merah
pipi (uish, mana ada blushing, ni cahaya mentari senja ni.. hoho). Peringatan:
Ayat di atas untuk yang nak kahwin je ea
(tapi jaga hati tu, bulan-bulan puasa ni. Jangan nak angau lebih-lebih), yang
kapel-kapel tu jangan nak ngada ea.
Bukan itu sahaja, semenjak dua menjak dan tiga
empat menjak ni panas pulak pasal trend pick up line atau ayat mengorat (alah
yang chia chia tu). Satu lagi yg tulang rusuk vibratelah (bergetar) dan nak
cari bakal imam atau makmumlah. Macam-macam budak zaman sekarang ni. Kalau
dulu, tak ada pun nak sibuk nak fikir pasal benda-benda ni. Habis tinggi sibuk
nak fikir nak jawab periksa pakai pen ke pensil.. eh
Hek
eleh, memang la. Zaman sekarang dah berubah, kene la ikut trend!
Nasihatnya, daripada ikut benda-benda tak
faedah ni, lebik baik pergi baca buku ke mengaji ke tolong mak ayah ke. Lagi
bagus serta berpahala, hoyeahh. Tak pun baik kita bersedia dengan jodoh kita
yang memang kompom (confirm) kita akan jumpa iaitu kematian. Jodoh kita dengan
malaikat maut ada yang dah fikir/bersedia? Renung-renungkan dan selamat
beramal.. hoho.
Ok2, cukup la tu nanti mengamuk pulak semua orang.
Habis tak ada orang nak baca dah.. hehe. Artikel ni bukan nak cerita pasal
jodoh dengan kematian atau kahwin tapi lebih kepada jodoh pertemuan kita. Setiap
pertemuan pasti akan temui perpisahan (sob3). Dikesempatan ni, suka nak kongsi
satu kata-kata dari Murabbi (pensyarah/cikgu)
dalam satu majlis perpisahan bagi yang dah nak tamat pelajaran (grad). Lebih
kurang ginilah ayatnya, tak ingat la pulak ayatnya sebijik2.. hehe
Selepas
kita berpisah, setiap daripada kita akan bawak haluan masing-masing. Mungkin ada
yang akan terus kencang dalam dakwah dan mungkin ada yang akan perlahan@slow
bila masuk ke medan lain. Tetapi apa yg manisnya selepas satu tempoh masa,
harapnya masih dapat lagi berjumpa dalam program atau dimana-mana dan setiap
daripada kita masih lagi di jalan (dakwah&tarbiah) yang sama. Di situ mungkin
air mata akan bercucuran tanpa kita sedari mengingati perkara-perkara yang kita
pernah lalui bersama. (uish, ada habuk masuk mata lak). Beliau juga ada pesan,
bila di medan baru ianya merupakan satu peluang yang baru untuk Henshin
(bertukar) dan perbaiki kelemahan diri.
Begitulah juga halnya dengan Ramadan. Pejam-celik,
pejam-celik, pejam pastu celik lagi kita dah berada di penghujung Ramadan. Rasa
macam baru semalam je hari pertama puasa (ayat poyo.. hoho). Tidak lama lagi
Syawal akan berkunjung tiba dan Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Setiap
pertemuan dan perpisahan itu ada hikmahnya yang tersendiri, cuma kita yang
perlu cari dan gali pada setiap perkara yang berlaku kepada kita.
"Wahai
Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha
Suci Engkau, maka peliharalah kami dar azab neraka."
(3:191)
Harapannya kita dapat sesuatu daripada Ramadan
kali ni dan bukan sekadar lapar dan dahaga. Apa yang paling takut ialah kita
tergolong dalam doa yang dibaca oleh malaikat Jibril dan telah diaminkan Rasulullah
saw. Nau’zubillah.
Dari
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Mendekatlah kalian ke
mimbar!”
Lalu kami pun mendekati mimbar itu. Ketika
Rasulullah menaiki tangga mimbar yang pertama, beliau berkata, “Amin.” Ketika
beliau menaiki tangga yang kedua, beliau pun berkata, “Amin.” Ketika beliau
menaiki tangga yang ketiga, beliau pun berkata, “Amin.”
Setelah Rasulullah saw. turun dari mimbar, kami
pun berkata,
“Ya Rasulullah, sungguh kami telah mendengar
dari engkau pada hari ini, sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelumnya.”
Rasulullah saw. bersabda, “Ketika aku menaiki
tangga pertama, Jibril muncul di hadapanku dan berkata,
“Celakalah
orang yang mendapati bulan Ramadhan yang penuh berkah, tetapi tidak memperoleh
keampunan.” Maka aku berkata, “Amin”
Ketika aku menaiki tangga yang kedua, Jibril
berkata,
“Celakalah
orang yang apabila namamu disebutkan, dia tidak bersalawat ke atasmu.” Aku
pun berkata, Amin.’
Ketika aku melangkah ke tangga ketiga, Jibril
berkata,
“Celakalah
orang yang mendapati ibu bapaknya yang telah tua, atau salah satu dari
keduanya, tetapi keduanya tidak menyebabkan orang itu masuk surga.” Akupun
berkata, Amin :”
(HR. Hakim)
Agak-agaknya kalau ramadan tu boleh bercakap
apa yang ramadan akan cakap kat kita?
R:
Maafkan saya. Kalau boleh saya nak bawak semua jauh sikit lagi. Maafkan saya,
saya selalu menginginkan kita dapat
mengembara(beramal) bersama-sama.
M:
Ramadannn!! T-T
R: Tetapi
saya..
M: Kalau
seseorang perlu minta maaf, kami yang patut mintak maaf Ramadaan!! Kami lemah
dalam memandu diri kami, jadi kami banyak mensia-siakan dan merosakkan kau.
Akal dan Nafsu juga banyak mencacatkan kemulianmu. Walaupun Iman cuba untuk
membaiki keadaan, tetapi dia tak kuat/lemah. Jika seseorang perlu minta maaf...T-T
R:
Tetapi saya gembira, kamu semua selalu melayan saya dengan baik. Terima kasih
banyak-banyak. Saya selalu merasa gembira. Semua disebabkan oleh kamu semua. (selamat
tinggal semua)J
M: Ramadannnn!!!!
Np:
Memories~~~
(kredit:
Perpisahan Going merry: One Piece)
Marilah kita sama-sama muhasabah balik diri
kita, dalam kita gembira menyambut ketibaan Syawal, bagaimana pula dengan
perpisahan kita dengan Ramadan? Adakah kita berasa sedia atas pemergiannya atau
hanya berpura-pura sedih? Mungkin juga yang tidak merasa apa-apa pun, sama je
seperti hari yang biasa. Teruslah istiqmah dalam beramal pada penghujung
Ramadan ini kerana kita hamba yang lemah ini tidak dapat meramal masa hadapan
dan kita tidak akan dapat tahu sama ada kita masih berpeluang untuk bertemu
dengan Ramadan yang akan datang.
Semoga kita terus tsabat dan dipermudahkan
segala urusan dalam lapangan masing-masing. Kalau ada jodoh, harap masih dapat berjumpa
pada suatu masa nanti. Tak kiralah kat mana pun: program, gelanggang, masjid,
tepi longkang, kedai makan atau mungkin masa majlis kahwin ke.. hehe(kawen jgn
lupe jemput tau). Sebelum mengakhiri celoteh pada hujung-hujung Ramadan ni,
minta izin nak tulis serangkap pantun..
Kalo ada sumur di ladang,
Bolehlah apa kiranya hamba
nak menumpang mandi,
Kalo ada jodoh dan umur nan
panjang,
In shaa Allah x3, jemputlah
dtg kenduri..eh
Nanti kita jumpa lagi.XD
p/s: Pantun ni bukan utk dijual, jadi tak boleh
nak beli.. hoho,kbai.
SHARINGan,
Akh Uchiha
Muhammad Hatta bin Mohd Satar
Aktivis IKRAM Siswa UTM
Aktivis IKRAM Siswa UTM
Comments
Post a Comment