IHSAN

Credit: Google Image



Bismillahirahmannirahim, kepada Allah ku bersyukur, memberi nafas  untuk terus menikmati hidup dan berbagi rasa bersama orang orang yang kukasihi.

Topik yang akan ku bawa kali ini, adalah IHSAN. Dengar saje perkataan IHSAN, kelihatan seperti mudah untuk difahami, mudah untuk dipraktikkan, tapi adakah benar kita memahami nya, apalagi memiliknya? adakah benar kita telah mengabadikan sifat IHSAN dalam diri ini. ATAU sememangnya ia tidak penting pun untuk kita menjalani kehidupan seharian.

Berdasarkan  hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Umar radiyallahu , IHSAN bermaksud Engkau melakukan ibadah sepertimana Engkau melihat Allah, namun jika engkau tidak melihatnya sesungguhnya Allah melihat mu.

Melakukan setiap ibadah di dunia ini, menuntut ilmu, berjual beli, bekerja keras, malah sujud kepada Allah, segalanya dilakukan kerana kita melihat Allah, dan kerana Allah itu melihat kita, dilakukan dengan ikhlas, bersungguh- sungguh dan kasih sayang. Tidak sesekali dilakukan kerana manusia atau pujian nya, baik bersendirian mahupun bersama manusia lain, ibadah yang dilakukan hanya kerana Allah.

Dengan iman yang dimiliki, mereka tidak berani untuk berlaku kejam pada orang yang lemah apa lagi membalas kejahatan pada orang yang telah menganiayanya, kerana beriman pada qada’ dan qadar yang dimiliki, dia sedikit pun tidak gentar untuk menolong atau berbuat baik sama orang yang sudah membenci atau menganiya dirinya, kerana kebaikan yang dilakukan bukan mengharapkan balasan dari manusia apa lagi yang menzaliminya,dia yakin Allah melihatnya, Allah tidak akan mempersia-siakannya dan dia hanya mengharapkan rahmat dan redha Allah. Malah dia takut, sekiranya Allah melihat kejahatannya Allah pasti murka padanya, sedangkan setiap masa dia sujud kepada Allah. Janji Allah pada mereka yang bersifat IHSAN menjadi pegangan bahawa “Kami tidak akan menyia -yiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalannya dengan Ihsan.” [Al-Kahfi, 18:30]

Mereka yang memilki sifat IHSAN akan mendahulukan sahabatnya melebihi diri sendiri,  akan memudahkan urusan mereka yang dalam kesusahan, tidak tenang hatinya bila mana dia melihat sahabat atau orang yang dikenalinya dalam kesusahan.

Nampak je ada kayu besar di jalan raya, diberhentikan  keretanya  untuk mengalihkan kayu itu, dikhuatiri sekiranya  ada kereta laju lalu dan tidak sempat untuk break akan kemalangan sekiranya terlanggar kayu itu. IHSAN yang dimiliki menyebabkan dia sayang pada orang disekelilignya.
Mereka yang memiliki harta, lebih sedikit sahaja dari kebiasaannya, tidak tenang biarkan duit itu terkumpul, kerana rindu dengan perasaan memberi ketika susah, risau pada mereka yang benar-benar kesusahan. Senang kata pantang ada duit lebihlah, tangan ni gatal je nak masuk tabung.


......................................................................................................................................



Alina sedar dirinya tidak disukai oleh rakan2, dan dipinggirkan, alina sedikit pun tidak berkecil hati sama rakan2 nya, kerana alina sedar merekalah yang mengubah alina untuk jadi lebih baik, merekalah yang akan menyebabkan Alina dapat merasa nikmat syukur, dan mereka jugalah hadiah dari Allah buat Alina, satu ujian dan cabaran yang mendekat diri Alina kepada Allah. Alina bersifat IHSAN terhadap dirinya, terus senyum dan berlapang dada, maka dengan itu orang sekelilingnya juga mahu bersifat IHSAN terhadapnya.

Azim yang bergaduh dengan adiknya aziz, sebab aziz rosakkan kasut sukan azim, marah tetap marah, tapi kerana IHSAN yang azim miliki, dia masih sudi meminjamkan aziz kasut sukan itu lagi, kerana yakin nikmat yang Allah beri padanya untuk dia berbagi, tidak perlu untuk dia berkira-kira dengan pemberian Allah, Allah juga tidak berkira-kira dengannya.
Begitu juga dengan Halim, ilmu yang dikuasai, digunakan untuk memartabatkan mereka yang lemah, ilmu yang dimiliki dikongsi, digunakan untuk menghilangkan segala permasalahan, Halim sedar ilmu yang Allah ilhamkan buatnya, adalah satu amanah untuk dia menyempurnakan kehidupan orang disekelilingnya.

Salma yang tidak minat menjahit, tapi belajar menjahit supaya hasil jahitannya dijadikan punca rezeki. Berkali kali Salma gagal, namun tetap tidak putus asa. Hal ini kerana dia bersifat ihsan terhadap dirinya, supaya mempunyai duit makan, pakaian dan tempat tinggal.

Lihatlah, bagaiman sifat IHSAN boleh meredakan segala persengketaan dan menambahkan rasa sayang . Nilai-nilai ini, kecil pada dasarnya, tapi besar impaknya. Sekali lagi dalam surah An -Nahl, ayat 90, Allah menegaskan “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan, serta memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu  dapat mengambil pelajaran.

Allah memerintahkan kita berlaku adil dan bersifat Ihsan/ Adil  adalah sebuah kewajipan kerana ia memberi keselamatan dan kesaksamaan pada setiap orang. Namun ihsan lebih tinggi nilainya berbanding adil, mereka yang bersifat IHSAN jangan kata kesaksamaan mahupun keselamatan boleh dijamin, malah kebahagiaan dan kemenangan dapat diraih pada mereka yang bersifat ihsan. Kerana berimannya dia dengan Allah, yakin dengan ayat Allah, mereka yang telah mempraktikkan sifat 

IHSAN ini sahaja dapat merasa nikmat cinta Allah, malah mendambakannya.
Sedar atau tidak sifat IHSAN ini, hanya mampu dimiliki oleh muslim kerana syahadah dan iman yang dimiliki. Beruntung mereka yang dilahirkan islam, sepertimana Allah berfirman dalam surah Al Imran ayat 110 “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar,serta beriman kepada Allah.” Umat islam yang beriman menjadi contoh terbaik kepada mereka yang kafir dan yang menyekutukan Allah.



Siti Nur Afiqah Zulkifli IKRAM Siswa UTM

Comments