Perjanjian Iklim Paris 2015 (Paris Climate Accord)

Baru-baru ini kecoh apabila Presiden US, Donald Trump menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada perjanjian yang dipersetujui oleh pentadbiran yang lepas [1]. Banyak pemimpin dunia telah mengecam tindakan beliau. Tetapi apakah yang anda tahu mengenai perjanjian ini?

2015 United Nations Climate Change Conference (COP21) telah diadakan di Paris dan menyaksikan termeterainya Paris Climate Accord yang ditandatangani oleh 195 negara (termasuk Malaysia). Perjanjian ini mempunyai 3 matlamat [2] iaitu :

1) Mengehadkan pemanasan global di bawah 2 °C
2) Berusaha untuk mencapai penghasilan gas rumah hijau sifar
3) Memastikan aliran kewangan sejajar dengan usaha mengurangkan penghasilan gas rumah hijau

Perjanjian ini juga merupakan perjanjian iklim paling komprehensif setakat ini.

Namun, ada juga yang mengatakan perjanjian ini hanyalah retorik dan tidak cukup efisien (antara sebab Nicaragua tidak bersetuju) untuk mencapai matlamat pertama perjanjian tersebut [3]. Menurut Bjorn Lomborg, usaha yang lebih penting adalah pelaburan dalam kajian dan inovasi Tenaga Hijau.

Walau apapun persepsi yang wujud tentang perjanjian ini, kita tidak dapat menolak bahawa COP21 adalah satu langkah simbolik bahawa manusia sejagat bersatu untuk menyelamatkan bumi secara serius.

Rujukan :
[1] - Trump Will Withdraw U.S. From Paris Climate Agreement (https://goo.gl/ioSUld)
[2] - Article 2, "enhancing the implementation" of the UNFCC (https://goo.gl/61Qu3t)
[3] - The Paris Climate Agreement Won't Change the Climate by Bjorn Lomborg (https://goo.gl/KT5kwb)


Comments