Cinta Hanya UntukMu
Cinta Hanya UntukMu
![]() |
Credit photo : Katakanlah cinta kita kerana Dia sahaja. |
Pertamanya, marilah kita memohon keampunan kepada Allah atas
segala dosa yang dilakukan sama ada terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.
Semoga Allah memberikan kita cahaya petunjuk untuk kita mengubah hati kita
supaya lebih mengingati Dia. Kerana cinta hanya untukNya. Rindu kita pertama
kalinya untuk Dia. Bukan untuk manusia. Hanya kerana Allah. Lillahi Ta’ala.
Pernah bercinta? Dengan siapa?
Pernah kecewa? Kerana siapa?
Pernah bahagia? Bila masanya?
Soal hati kita dalam-dalam.
Jawablah dengan jujur.
Seikhlas hati nurani.
Acapkali kita gagal. Bukan gagal dalam peperiksaan. Bukan
juga gagal dalam percintaan. Tapi kita gagal dalam mencari cinta Dia. Hari-hari
kita melakukan kerja. Hari-hari kita belajar dalam kelas. Tapi adakah hari-hari
itu kita lalui kerana Allah? Atau kita tidak tersedar pun yang kita hidup
kerana apa?
Astaghfirullahal’azim.
Ya, kita sudah terlalu cintakan dunia ini. Hati kita lebih
mengingati dunia sampai terlupa akan Tuhan kita Allah. Sebab itu, hampir setiap
hari kita, selalu ada saja benda tidak kena. Mengaku sajalah.
Tapi, itu tidak mengapa. Kerana apa saya berani berkatakan
sedemikian rupa? Kerana itu tanda Allah masih sayangkan kita. Betapa Allah
sering kali mengingati hambaNya, tetapi kita pula sering kali melupakan Dia.
Alangkah derhakanya kita sebagai seorang hamba! Alangkah!
Jika kita terasa dengan apa yang diperkatakan, sejujurnya
kita telah menemui cinta yang sebenarnya!
Insya Allah. Saya juga seorang
manusia. Terkadang iman ke atas, terkadang juga iman ke bawah.
Saya mengajak diri saya dan juga sahabat semua untuk
sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri.
Mencari maksud sebenar hidup ini
sebagai apa. Ya, bukanlah semudah yang disangka. Kerana sering ada saja alasan
berjela untuk berubah. Jangan pernah mengalah! Katakan pada diri anda, kita
pasti boleh melakukannya! Kerana Allah bersama kita setiap masa.
Seperti firman Allah
S.WT dalam surah Al-Baqarah ayat ke-152 :
"Kerana itu, ingatlah
kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu. Dan bersyukurlah kepadaKu,
dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku."
Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat hendaknya!
Hidup kerana manusia.
Pasti kecewa.
Pasti kecewa.
Hiduplah
kerana Allah.
Pasti tidak lelah.
Pasti tidak lelah.
Kerana baki usia hanya sedikit
cuma.
Maka berebutlah untuk bertemu Dia.
Maka berebutlah untuk bertemu Dia.
Apa pun yang terjadi.
Pasti ada hikmah menanti.
Pasti ada hikmah menanti.
Cuma kau yang belum mengerti.
Boleh check balik hati sendiri.
Boleh check balik hati sendiri.
Istighfarlah kepada Pencipta.
Dosa kita bukan hanya kepada Dia.
Bahkan juga kepada manusia.
Tak usah riak ujub atau bangga.
Serupa kau dah sempurna.
Dosa kita bukan hanya kepada Dia.
Bahkan juga kepada manusia.
Tak usah riak ujub atau bangga.
Serupa kau dah sempurna.
Marilah kita memilih untuk
bahagia.
Mencipta kehidupan yang indah di sana.
Mencipta kehidupan yang indah di sana.
Miss Azha
5 Januari 2016
Comments
Post a Comment