Budak Perempuan Itu
Petang
tadi, setelah hampir beberapa jam berada di dalam sebuah bilik di hotel
yang aku menginap, tergerak hati
untuk meninjau apa yang berlaku di luar
bilik. Menjenguk ke luar tingkap,
tertarik dengan satu tubuh, empunya seorang
budak perempuan yang berdiri di
bawah panas terik mentari sambil menjual kuih.
Ada juga kenderaan yang lalu
lalang di situ berhenti membelinya.
Credit photo |
Aku
terfikir, inilah realiti kehidupan masyarakat sekarang yang ‘struggle’ untuk
memperjuangkan kehidupan mereka bahkan aku pasti semua individu sedang memerah
kudrat mereka untuk meneruskan kehidupan. Aku sempat membeli kuih darinya dan
tidak melepaskan peluang untuk berbual dengannya. Rupanya, pagi dia bersekolah,
petang pula menolong keluarganya menjual kuih. Hebat adik ini. Tetapi yang
menjadi kerisauan aku ialah keselamatan seorang anak perempuan yang
berseorangan di tengah-tengah panas barangkali dalam pemikiran dia hanyalah
bagaimana untuk ‘survive’ dalam hidup dan semestinya aspek keselamatan yang
terdedah dengan kes-kes jenayah penculikan dan sebagainya tidak diambil peduli
sama sekali.
Ini
baru satu peristiwa yang berlaku di depan mataku sendiri. Aku percaya banyak
lagi dan bermacam-macam lagi akan berlaku. Biarpun di luar sana pelbagai krisis
terjadi dalam pimpinan kita, namun kisah dan hikayat rakyat jua yang
diperdagangkan akhirnya. Mungkin kita memandang enteng kepada perkara ini dan
merasakan tidak perlu peduli kerana ianya bukanlah sebahagian dari kepentingan
kita.
Justeru
apakah penyelesaian yang sewajarnya kita laksanakan? Pada pengharapan siapa
yang patut kita dambakan? Aku yakin bahawa kitalah jawapan kepada persoalan
tersebut. Maka, bantulah apa yang mampu kita lakukan. Seringkali terdengar
bahawa tangan di atas adalah lebih baik dari tangan di bawah. Bukankah begitu?
Pengharapan kita yang tertinggi adalah kepada Allah. Maka berharaplah
kepada-Nya untuk membantu kita membantu mereka yang memerlukan. Dan ingatlah
kebaikan yang kita lakukan itu tidak lain tidak bukan untuk diri kita sendiri
jua.
Dalam
surah al-Israa’ ayat ke-7 difirmankan
Allah, selari dengan konsep membina ummah terbilang dengan memperbanyakkan
bantuan dan kebajikan kepada sesiapa sahaja.
Percayalah,
apa yang aku tulis ini adalah realiti zaman sekarang, usah bermimpikan
kehidupan yang indah jika saudara kita ada yang masih dalam kesusahan. Aku sudah
cuba melakukannya. Bagaimana dengan kalian?
Bro
Acap
Aktivis IKRAM Siswa UTM
Aktivis IKRAM Siswa UTM
Comments
Post a Comment