Bukan Tempat Kita







Ini bukan tempat aku dan kau!

Credit photo

Kehidupan.

Selagi bernafas, kita masih berada dalam perjalanan. Itulah KEHIDUPAN. Perjalanan yang belum pasti bila akan berhenti. Perjalanan yang belum pasti rintangan yang menanti. Perjalanan yang belum pasti ke destinasi yang indah dan abadi.

Kehidupan ini begitu memenatkan! Sungguh belum sempat bersenang, timbul lagi masalah yang belum kan pasti penyelesaiannya. Perlu berlari dan berkejar dengan makhluk Tuhan bernama masa. Masa yang begitu mencemburui. 

Itu baru berbicara mengenai masa belum lagi berinteraksi dengan makhluk Ilahi yang begitu banyak ragam tersendiri. MashaAllah! Salah satu tanda kebesaran Ilahi apabila diciptakan makhluk manusia itu dengan keunikkan sendiri. Mari raikan kebesaran Illahi ini.

Kadang diri merungut. Namun Tuhan yang Maha Besar telah bagi petunjuk.

“ Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);” (al-Balad: 4).

Ya Janji Tuhan. Sudah pasti janji Tuhan ini pasti berbayar degan pembalasan. Syurga atau neraka. Pilihan di tangan kita. 

“Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). “ (al-Insiqaaq:6)

Justeru teman.

Tidak perlu kita rasa pelik dan gusar. Kehidupan ini penuh dengan mujahadah. Mujahadah dan teruskan mujahadah. Mujahadah di dunia ini dengan iltizam yang kuat. 

Mujahadah kita di dunia fana ini perlulah berbaloi. Mujahadah kita dalam kehidupan dan menjadi hamba Illahi.

Dunia ini memang penat, kerna ini bukan tempat kita!

Shakirah Azlan
Aktivis IKRAM Siswa UTM

Comments