Dari Lensa Mata
Credit photo |
Aku seronok melihat kanak-kanak kecil
lari berkejaran, bermain bersama-sama dan kadang itu bergaduh, menangis dan
merajuk. Riang sungguh mereka. Walau berlaku pergaduhan, namun itu hanya seketika. Kerna meraka cepat
melupakan. Riang tawa mereka menggambarkan kesenangan dan rasa syukur kerana
dapat hidup di atas muka bumi yang serba indah.
Memerhatikan mereka membuatkan aku
tersenyum manis. Hilang lelah dari
kepenatan seharian di dunia. Gelagat mereka membuatkan aku lupa akan realiti
sebenarnya. Melihat akan mereka, aku
merasakan dunia ini indah dan aman tenteram.
Namun itu hanya angan-angan dan harapan. Gambarannya indah khabar dari rupa. Pelbagai
isu yang kian membara dan menyala. Inilah jadinya dari tangan-tangan manusia yang hodoh,
hati-hati manusia yang busuk, akal-akal manusia yang rosak. Tidak perlu kita
melihat jauh. Cukup hanya di depan mata. Tanah tumpuh darahku ini semakin parah.
Semuanya hasil kerasukan makhluk yang bernama manusia.
Fitnah ada di mana-mana. Kepincangan,
kerosakan dan penipuan bukan perkara biasa. Seolah-olahnya kemusnahan semakin
hampir. Ketakutan semakin menebal. Takut untuk terus maju, bimbang untuk
meneruskan kehidupan. Segalanya dikhuatiri.
Kadang-kadang aku menghina diriku sendiri.
Saat menjangkau 20-an baru kusedari akan perihal ini. Marah pada diri. Namun, aku tekadkan azam, aku tanamkan impian agar semuanya akan berakhir. Akan
kupastikan kanak-kanak itu melalui kehidupannya dengan keamanan dan ketenangan.
Aku perlu bangkit! Wahai anak muda,
bangkitlah kita bersama!
Ayuh bersatu!
Demi memastikan kanak-kanak yang riang
itu tidak merasai penderitaan kita.
Demi memastikan kanak-kanak riang itu
bangga mereka adalah generasi kita.
Demi memastikan tanah tumpahnya darah ini
aman dan bahagia.
Demi memastikan termakmurnya agama Islam
di bumi ini.
Belum terlewat apatah lagi terlambat.
Ayuh mulakan langkah!
Ayuh semua tanamkan impian dan harapan
pada bumi yang dipijak ini!
Bro Acap
Aktivis IKRAM Siswa UTM
Comments
Post a Comment