Hipotetikal Kes Dalam Menentukan Hakikat Keadilan









Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, saya ingin datangkan dua hipotetikal kes.

Kes pertama adalah, cuba bayangkan anda sedang memandu sebuah kereta dan anda sedang menuruni sebuah bukit, tiba-tiba brek kereta anda TIDAK berfungsi.. Langsung!!!

Dan di hadapan jalan tersebut anda melihat lima orang pekerja ‘PLOS’ yang sedang tekun membaiki jalan tersebut. Dan anda pasti sekiranya kereta ini melanggar lima orang tersebut, sudah PASTI mereka berlima akan MATI.

Dan tiba-tiba, anda melihat ke sebelah kanan dan anda melihat ada seorang pekerja ‘PLOS’ sedang membaiki susur jalan yang lebih kecil..

Dan persoalannya, apakah PILIHAN yang anda akan ambil pada ketika itu. Adakah dengan tidak melakukan apa-apa dan seterusnya melanggar kelima-lima pekerja tersebut ATAU memilih untuk membelok ke kanan dan seterusnya melanggar seorang pekerja yang berada di susur kanan jalan tadi??

Credit photo


Fikir sejenak sebelum anda membuat pilihan..
………………………………………………………………………

Selesai memilih??

HOLD your stand for your choice. Okay.

Then…

Kes kedua adalah, situasi ini berlaku di sebuah hospital besar, dan anda sekarang merupakan seorang doktor pakar bedah. Tiba-tiba, wad anda dimasuki oleh lima orang pesakit yang tengah kritikal. Dan setiap pesakit tersebut memerlukan organ-organ yang berbeza untuk diselamatkan. Hati, jantung, paru-paru, pankreas, dan usus. Anda tahu bahawa sekiranya anda lambat membuat keputusan atau membiarkan mereka lebih lama, sudah pasti mereka akan MATI.

Dan tiba-tiba, seorang individu yang sihat sejahtera datang ke wad anda untuk rawatan medical-checkup. Dan pada ketika itu anda boleh membuat pilihan untuk membius dan menidurkan individu tersebut, lalu MENGAMBIL organ-organnya; hati, jantung, paru-paru, pankreas dan usus, untuk diberikan kepada lima pesakit yang sedang kritikal di bilik sebelah.

Jadi apakah PILIHAN yang anda akan lakukan pada ketika itu??

Sanggupkah anda mengorbankan seorang individu yang sihat itu bagi menyelamatkan lima orang individu yang lain??

Yaa.. atau Tidak..

Kalau YA, anda boleh berhenti membaca artikel ini sekarang.

Kalau jawapan anda adalah TIDAK, apa sudah jadi dengan stand anda pada kes pertama??

Bukankah pada kes pertama tadi anda memilih untuk mengorbankan seorang untuk menyelamatkan nyawa yang lebih ramai?? Begitu juga dengan kes kedua bukan??

Errmmm….

Jadi bagaimanakah kita hendak menilai sesuatu itu adil atau tidak??

Apakah yang dimaksudkan dengan KEADILAN??

Mengikut falsafah barat, KEADILAN boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu; consequenlist dan categorical. Secara ringkas, consequalist bermaksud keadilan merujuk kepada hasil akhir. Maksudnya jika hasil akhir adalah baik maka baiklah perlakuan tersebut. Manakala, keadilan dari sudut categorical adalah berdasarkan bergantung kepada tugas dan tanggungjawab kita pada ketika itu. 

Maknyanya, sekiranya kita sudah melakukan tanggungjawab atau tugas pada ketika itu, tidak kisah hasil akhirnya baik atau buruk, maka kita telah melalukan sesuatu yang adil.

Bagaimana pula kata Islam tentang konsep KEADILAN??

Nantikan sambungannya...



Muhammad Ameruddin Che Ibrahim
Aktivis IKRAM Siswa UTM

Comments