INSIDEN DI TURKI: BERDARAH




PENGEBOMAN DI LAPANGAN TERBANG ATATURK

Kita dikejutkan dengan pengeboman di Lapangan Terbang Atartuk ketika saat kesibukan kita beramal di hari-hari yg berbaki di bulan Ramadan. Turki terus menerus menjadi sasaran pengganas setelah beberapa siri pengeboman yang berlaku akhir-akhir ini.


Terbaru, tiga serangan bom bunuh diri di Lapangan Terbang Atartuk, Istanbul pada Selasa lepas (waktu tempatan) telah mengorbankan sekurang-kurangnya 41 nyawa, di mana 13 daripadanya warga asing manakala 239 yang lain dilaporkan cedera. Pihak kerajaan Turki dalam kenyataannya mengesyaki bahawa insiden ini adalah angkara militan Daish (IS).

Dalam bulan yang penuh barakah ini, persaudaraan seIslam sesama umat diuji dengan tindakan melulu sesetengah kelompok. Rumpunan bangsa yang pelbagai, perbezaan fahaman seolah-olah meminggirkan meja rundingan. Sedangkan Islam adalah agama rahmah, kedamaian dan mengajak kepada kesatuan.

Allah S.W.T berfirman:

Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam. (al-Anbia’ : 107)

IKRAM Siswa UTM mengutuk sekeras-kerasnya tragedi pengeboman ini. Tragedi berdarah ini sepatutnya menjadi iktibar kepada diri kita sebagai seorang muslim, khususnya mahasiswa supaya benar-benar berpegang pada prinsip Islam yang jelas. Menolak fahaman keganasan dan kembali kepada konsep wasatiyyah(bersederhana) adalah satu kemestian. Bahkan mencari titik persamaan itu lebih afdhal demi meraih maslahah yang lebih luas. Bukankah itu cerminan sesebuah ketamadunan!

Ayuhlah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara-mara kita di Turki dan di mana jua mereka berada.

عَنْ أبْنِ عُمَرَ رَضِى الله عَنْه قَالَ: قَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّمَ: الْمُسْلِمُ أَخُوْ الْمُسْلِمِ لا يَضْلِمُهُ ولايخذله وَلا يُسْلِمُهُ

Ertinya:

"Diriwayatkan dari Ibnu Umar, beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim yang lain. Oleh sebab itu, jangan menzalimi dan meremehkannya dan jangan pula menyakitinya." (HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim)


ASYRAF ARIF BIN ABU BAKAR
PENGERUSI IKRAM SISWA UTM

2016/2017






Comments