Kalau Dah Jodoh









AMARAN

Artikel ini tiada kaitan dengan rancangan Kalau Dah Jodoh oleh Ustaz Kazim Elias.. hoho. Tidak ada juga kaitan dengan yang telah meninggal dunia tapi ada lah sedikit kaitan dengan yang hidup. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang usaha menyiapkan artikel ini.. hehe.

credit: google images

Sebut je pasal jodoh, cepat je semua nak baca (samalah kita, sep sikit. hehe). Silap haribulan atau silap haribintang sampai terbeliak dan juling biji mata bila membaca. Tapi kan,dah nak raya ni banyak pulak jemputan kahwin (ni tak boleh jadi ni.. eh). Makin rancak dan menjadi-jadi pulak jemputan ni bak cendawan tumbuh selepas hujan.. hoho.  Mungkin ada yang tengah tersipu-sipu malu sebab teringatkan pasangan masing-masing, merah pipi (uish, mana ada blushing, ni cahaya mentari senja ni.. hoho). Peringatan: Ayat di atas  untuk yang nak kahwin je ea (tapi jaga hati tu, bulan-bulan puasa ni. Jangan nak angau lebih-lebih), yang kapel-kapel tu jangan nak ngada ea.

Bukan itu sahaja, semenjak dua menjak dan tiga empat menjak ni panas pulak pasal trend pick up line atau ayat mengorat (alah yang chia chia tu). Satu lagi yg tulang rusuk vibratelah (bergetar) dan nak cari bakal imam atau makmumlah. Macam-macam budak zaman sekarang ni. Kalau dulu, tak ada pun nak sibuk nak fikir pasal benda-benda ni. Habis tinggi sibuk nak fikir nak jawab periksa pakai pen ke pensil.. eh

Hek eleh, memang la. Zaman sekarang dah berubah, kene la ikut trend!

Nasihatnya, daripada ikut benda-benda tak faedah ni, lebik baik pergi baca buku ke mengaji ke tolong mak ayah ke. Lagi bagus serta berpahala, hoyeahh. Tak pun baik kita bersedia dengan jodoh kita yang memang kompom (confirm) kita akan jumpa iaitu kematian. Jodoh kita dengan malaikat maut ada yang dah fikir/bersedia? Renung-renungkan dan selamat beramal.. hoho.
Ok2, cukup la tu nanti mengamuk pulak semua orang. Habis tak ada orang nak baca dah.. hehe. Artikel ni bukan nak cerita pasal jodoh dengan kematian atau kahwin tapi lebih kepada jodoh pertemuan kita. Setiap pertemuan pasti akan temui perpisahan (sob3). Dikesempatan ni, suka nak kongsi satu kata-kata dari Murabbi (pensyarah/cikgu) dalam satu majlis perpisahan bagi yang dah nak tamat pelajaran (grad). Lebih kurang ginilah ayatnya, tak ingat la pulak ayatnya sebijik2.. hehe

Selepas kita berpisah, setiap daripada kita akan bawak haluan masing-masing. Mungkin ada yang akan terus kencang dalam dakwah dan mungkin ada yang akan perlahan@slow bila masuk ke medan lain. Tetapi apa yg manisnya selepas satu tempoh masa, harapnya masih dapat lagi berjumpa dalam program atau dimana-mana dan setiap daripada kita masih lagi di jalan (dakwah&tarbiah) yang sama. Di situ mungkin air mata akan bercucuran tanpa kita sedari mengingati perkara-perkara yang kita pernah lalui bersama. (uish, ada habuk masuk mata lak). Beliau juga ada pesan, bila di medan baru ianya merupakan satu peluang yang baru untuk Henshin (bertukar) dan perbaiki kelemahan diri.

Begitulah juga halnya dengan Ramadan. Pejam-celik, pejam-celik, pejam pastu celik lagi kita dah berada di penghujung Ramadan. Rasa macam baru semalam je hari pertama puasa (ayat poyo.. hoho). Tidak lama lagi Syawal akan berkunjung tiba dan Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Setiap pertemuan dan perpisahan itu ada hikmahnya yang tersendiri, cuma kita yang perlu cari dan gali pada setiap perkara yang berlaku kepada kita.

"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dar azab neraka." (3:191)

Harapannya kita dapat sesuatu daripada Ramadan kali ni dan bukan sekadar lapar dan dahaga. Apa yang paling takut ialah kita tergolong dalam doa yang dibaca oleh malaikat Jibril dan telah diaminkan Rasulullah saw. Nau’zubillah.

Dari Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Mendekatlah kalian ke mimbar!”
Lalu kami pun mendekati mimbar itu. Ketika Rasulullah menaiki tangga mimbar yang pertama, beliau berkata, “Amin.” Ketika beliau menaiki tangga yang kedua, beliau pun berkata, “Amin.” Ketika beliau menaiki tangga yang ketiga, beliau pun berkata, “Amin.”
Setelah Rasulullah saw. turun dari mimbar, kami pun berkata,
“Ya Rasulullah, sungguh kami telah mendengar dari engkau pada hari ini, sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelumnya.”
Rasulullah saw. bersabda, “Ketika aku menaiki tangga pertama, Jibril muncul di hadapanku dan berkata,
Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan yang penuh berkah, tetapi tidak memperoleh keampunan.” Maka aku berkata, “Amin”
Ketika aku menaiki tangga yang kedua, Jibril berkata,
Celakalah orang yang apabila namamu disebutkan, dia tidak bersalawat ke atasmu.” Aku pun berkata, Amin.’
Ketika aku melangkah ke tangga ketiga, Jibril berkata,
Celakalah orang yang mendapati ibu bapaknya yang telah tua, atau salah satu dari keduanya, tetapi keduanya tidak menyebabkan orang itu masuk surga.” Akupun berkata, Amin :” 
(HR. Hakim)

Agak-agaknya kalau ramadan tu boleh bercakap apa yang ramadan akan cakap kat kita?

R: Maafkan saya. Kalau boleh saya nak bawak semua jauh sikit lagi. Maafkan saya, saya selalu menginginkan kita  dapat mengembara(beramal) bersama-sama.
M: Ramadannn!! T-T
R: Tetapi saya..
M: Kalau seseorang perlu minta maaf, kami yang patut mintak maaf Ramadaan!! Kami lemah dalam memandu diri kami, jadi kami banyak mensia-siakan dan merosakkan kau. Akal dan Nafsu juga banyak mencacatkan kemulianmu. Walaupun Iman cuba untuk membaiki keadaan, tetapi dia tak kuat/lemah. Jika seseorang perlu minta maaf...T-T
R: Tetapi saya gembira, kamu semua selalu melayan saya dengan baik. Terima kasih banyak-banyak. Saya selalu merasa gembira. Semua disebabkan oleh kamu semua. (selamat tinggal semua)J
M: Ramadannnn!!!!
Np: Memories~~~
(kredit: Perpisahan Going merry: One Piece)

Marilah kita sama-sama muhasabah balik diri kita, dalam kita gembira menyambut ketibaan Syawal, bagaimana pula dengan perpisahan kita dengan Ramadan? Adakah kita berasa sedia atas pemergiannya atau hanya berpura-pura sedih? Mungkin juga yang tidak merasa apa-apa pun, sama je seperti hari yang biasa. Teruslah istiqmah dalam beramal pada penghujung Ramadan ini kerana kita hamba yang lemah ini tidak dapat meramal masa hadapan dan kita tidak akan dapat tahu sama ada kita masih berpeluang untuk bertemu dengan Ramadan yang akan datang.

Semoga kita terus tsabat dan dipermudahkan segala urusan dalam lapangan masing-masing. Kalau ada jodoh, harap masih dapat berjumpa pada suatu masa nanti. Tak kiralah kat mana pun: program, gelanggang, masjid, tepi longkang, kedai makan atau mungkin masa majlis kahwin ke.. hehe(kawen jgn lupe jemput tau). Sebelum mengakhiri celoteh pada hujung-hujung Ramadan ni, minta izin nak tulis serangkap pantun..


Kalo ada sumur di ladang,
Bolehlah apa kiranya hamba nak menumpang mandi,
Kalo ada jodoh dan umur nan panjang,
In shaa Allah x3, jemputlah dtg kenduri..eh
Nanti kita jumpa lagi.XD


p/s: Pantun ni bukan utk dijual, jadi tak boleh nak beli.. hoho,kbai.

SHARINGan,
Akh Uchiha
Muhammad Hatta bin Mohd Satar
Aktivis IKRAM Siswa UTM


Comments