RAMADHAN KU..
![]() |
Credit: Google Image |
Dulu, Ramadhan bagi ku cukup hanya
dengan puasa, tidak makan dan tidak minum dari waktu fajar sehingga maghrib, tarawikh dan setelah hampir saja Ramadhan berlalu,
persiapan Syawal dilakukan. Bagiku, Syawal adalah kemuncak segala-galanya. Seolah-olah
membebaskan nafsu yang sudah sebulan terbelenggu. Namun, Ramadhan tidak membawa
erti apa-apa untuk aku. Walaupun saat itu, mungkin aku berkejar-kejar
menghabiskan satu naskhah Al-quran, tarawikh kadang-kadang sampai 21 rakaat
namun ianya cukup di situ sebagai tradisi bila tiba Ramadhan. Tidak tahu kenapa
aku perlu buat. Seronoknya Ramadhan hanya bila segala juadah banyak di jual di
bazar, segala jenis lauk pauk, kuih muih dilahap sampai kenyang ketika berbuka.
Itulah makna Ramadhan bagiku. Kosong.
Tahun berganti tahun.
Aku dikenalkan dengan tarbiyah. Dia
mengubah sudut pandanganku terhadap Islam secara total. Ramadhan bukan lagi
‘tuhan’ kerana aku sudah mengenali Tuhan yakni Allah yang sentiasa ada
membatasi ruang waktu. Dialah Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang yang
telah menganugerahkan Ramadhan untuk umat Nabi Muhammad saw. Memberi peluang
untuk hambaNya beramal dengan ganjaran yang berlipat ganda. Segalanya kerana
rahmat dan kasih sayangNya.
Namun, ia tidak terhenti di situ.
Ramadhan lebih dari itu. Satu bulan yang disyariatkan kita berpuasa, menahan
lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan puasa adalah kerana meraikan
turunnya mukjizat teragung Rasulullah saw. Ya, Al-Quran yang diturunkan dalam
bulan tersebut. Mulianya Ramadhan kerana Al-Quran. Tiga puluh hari yang
istimewa sehingga doa-doa kita saat itu dibalas direct oleh Allah. Sehingga setiap amalan sunat diganjari sebesar
amalan fardhu dan sebagainya.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang
Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu
memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar
mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al-Baqarah: 186)
Lalu,
aku rangkumkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Oleh itu,
signifikan sekali untuk kita lebih dekat dengan Al-Quran. Mungkin boleh kata
inilah masa yang paling sesuai untuk kita memperbaiki hubungan kita dengan Al-Quran.
"the more you connected to Al Quran, the
more you connected to Allah". Simple. Kerana seluruh isinya adalah
bait-bait dari Allah yang diturunkan untuk kita, bukan orang lain. Sehingga
satu masa kita boleh mempraktikkan keseluruhan Al-Quran seperti Rasulullah saw.
Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA
mengenai akhlak Rasulullah saw. Aisyah menjawab, "Akhlak Nabi saw adalah Al-Quran." (HR Muslim).
Tidak cukup dengan itu. Bonus besar yang Allah
hadiahkan untuk kita umat Nabi Muhammad saw adalah satu malam kemuliaan yang
lebih baik dari seribu bulan di mana semua malaikat juga Jibril turun memenuhi
pelosok bumi. Lailatul Qadr. Subhanallah! Seperti beramal baik seumur hidup.
Namun, yang paling harus kita fahami adalah Ramadhan
hanya satu booster untuk kita
memperbaiki diri dan amalan untuk mencari keredhaan Allah. Kerana akhirnya yang
kita inginkan bukanlah keredhaan Ramadhan tetapi redha Allah tu sendiri.
Beberapa pesanan untuk diriku dan sahabat, persiapkan diri untuk menghadapi
Ramadhan supaya kita tidak lelah di tengan jalan, dan beramallah selagi nyawa
dikandung badan dan bukan hanya beramal dalam bulan Ramadhan. Beramallah dan
kekalkan momentum beribadah walaupun Ramadhan sudah berlalu. Akhir sekali,
berhubunganlah dengan Al-Quran seakrab mungkin kerana di situ letaknya
keakraban kita dan Tuhan. Selamat menyambut Ramadhan, brothers and sisters!
Apa
makna Ramadhan pada kalian?
NIZ
Aktivis IKRAM Siswa UTM
Aktivis IKRAM Siswa UTM
Comments
Post a Comment